Wednesday, June 28, 2017

BOOK REVIEW: CAMP DE CALAIS

Cover buck hasil penulisan Saudara Izzat Ibrahim.
Review:
Buku penulisan Saudara Izzat Ibrahim merupakan sebuah bah tentang kerja-kerja amal atau sukarelawan yang dilakukan oleh beliau semasa berada dibumi Eropah iaitu Perancis. Susunan muka dan isi kandungan memang menarik. Amat bernilai apa yang dikongsikan ollen beliau.

Buku ini perlu dimiliki oleh individu yang dahagakan suapan pengalaman projek-projek sukarelawan.   Pengalaman yang dikongsikan oleh beliau sangat berharga, apa yang diceritakan oleh beliau cukup memberikan kita sedikit ilmu tentang bangsa, budaya, masa, dan bagaimana menggunakan peluang yang ada untuk memberikan harapan kepada insan yang memerlukan.

Kandungan buku diselit dengan beberapa keping foto semasa beliau berkhidmat di Camp De Calais, Perancis. Saya sendiri pun tidak tahu bahawa wujud kem sedemikian disana. Justeru, buku ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada saya untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan yang kita sendiri tidak akan dapat dari media arus perdana. Apa yang disampaikan adalah segar dari pengalaman beliau. Itu merupakan intipati penting buku ini.

Bagi yang berminat dapatkan senaskah buku ini dari MPH Store / MPH Online.

BOOK REVIEW: CAMP DE CALAIS by IZZAT IBRAHIM

p/s: Saya selalu beli mela lui MPH Online sebab boleh dapat diskaun dan tidak perlu keluar rumah. Mudahkan. Walaupun begitu, pembelian perlulah mengikut terma dan syarat supaya dapat penghantaran percuma.

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini